Followers

Tuesday, July 17, 2012

Penjagaan kulit dengan vitamin

Macamana nak cantik dengan vitamin? Apa yang di syorkan untuk menjaga kulit dengan lebih baik? Paling minima, ambillah 3 jenis vitamin ni iaitu vitamin c, vitamin e dan b-complex.. Kenapa perlu consume ketiga-tiga vitamin ni.. Ha.. dibawah ada penerangan kenapa vitamin2 ini bagus untuk kulit kita.

Vitamin C

Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.

Vitamin E

Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan.

Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik.

Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.

Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam dan sangat baik untuk kulit iaitu melambatkan proses penuaan, mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser, sangat membantu dalam aspek kesuburan dan membantu mempercepat proses baikpulih luka.


Vitamin E juga membantu pengaliran darah dengan lebih lancar serta membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.


Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit.

Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.


B Complex


Setiap daripada vitamin di dalam vitamin B Complex berkait rapat dan bekerja bersama-sama demi memberi kita sistem tubuh yang berfungsi dengan sempurna. Kekurangan salah satu daripada vitamin-vitamin ini tadi akan menyebabkan tubuh tidak dapat berfungsi dengan sempurna, walaupun vitamin yang ada mencukupi. So, make sure kita sentiasa mempunyai vitamin B Complex yang cukup. Pilihlah vitamin B Complex yang terbaik supaya ia dapat berfungsi dengan baik.

Ia membantu bagi isteri, ibu atau wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Apabila seorang ibu itu kerap bangun malam untuk menguruskan anak serta menyusukan anaknya, secara tidak langsung ini telah mengganggu sistem badan si ibu untuk mendapatkan good sleep or quality sleep. Apabila ini berlaku, sel2 tidak dapat berkembang dengan sihat. Inilah anatara punca mengapa ramai ibu2 yang baru beranak 1 atau 2 sudah kelihatan lebih berusia dari umurnya.

Vitamin B membantu sebagai penenang.Ada ibu2 yang adakala berada dalam keadaan stress yang boleh disebabkan banyak faktor, antaranya disebabkan urusan kerja, rumahtangga dan sebagainya. Maka di sini vitamin B Complex memainkan peranan yang sangat penting.Apabila seseorang ibu itu tenang, maka flow susunya juga akan lebih lancar malah lebih banyak lagi dari keadaan gelisah, atau gundah gulana.

Vitamin B adalah "spark plug " dalam badan kita. Vitamin B Complex sangat penting dalam menukarkan makanan kepada tenaga. Tidak dinafikan ada sesetengah orang akan merasa cepat lapar akibat makan b complex namun ianya tidak akan membuatkan seseorang itu gemuk, seperti yang selalu dikatakan oleh orang tentang B complex.

Sebenarnya banyak lagi mengapa wanita sangat memerlukan B Complex dan antara tanda kekurangan B complex pada seorang itu ialah cepat marah, murung, cepat letih, moody, kulit nampak kusam, tension...

Saya syorkan vitamin C, E, dan B Complex dari Shaklee kerana ianya natural tanpa pengawet @ pemanis tiruan. Perbezaan vitamin C, E dan B Complex Shaklee akan saya kongsikan di entry akan datang ye !

Ingin tahu lebih lanjut? Anda boleh hubungi saya, Pengedar Sah Shaklee di:

Ila Nursalina (ID: 880091)
Call | Sms | Whatsapp : 0193557432
Email : ilanacare@yahoo.com
Facebook: http://www.facebook.com/ilanursalina

No comments:

Post a Comment