Followers

Tuesday, October 22, 2013

Omega Guard: Membantu mengatasi risiko penyakit jantung dan darah tinggii

Tahukah anda, jika keluarga terdekat anda [ibu, ayah, datuk, nenek] mempunyai penyakit darah tinggi, penyakit jantung, strok, anda mempunyai kebarangkalian untuk mendapat penyakit yang sama. Jika anda seorang yang mengambil peduli tentang kesihatan anda, jadi ambillah langkah pencegahan dari awal. Kerana, mencegah lebih baik dari mengubati.

Penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan strok ini mempunyai kaitan dengan kelancaran darah didalam badan anda. Antara puncanya ialah darah didalam anda membeku atau ada pembentukan plaque serta pengerasan ateri di dalam badan yang memaksa jantung dan buah pinggang bekerja lebih dari sepatutnya. Mengikut kajian dari pakar-pakar perubatan, masalah-masalah ini dapat dikurangkan atau dicegah dengan pengambilan asid omega-3 yang mencukupi.

Asid omega-3 dapat membantu merendahkan paras kolestrol didalam darah dan mengurangkan kerosakan arteri melalui tindak anti-radangnya. Selain itu juga, ia membantu mengurangkan kolestrol jahat LDL dan meningkatkan kolestrol baik HDL. Sebab inilah, mereka yang  mempunyai paras kolestrol yang tinggi disarankan untuk mengambil omega-3 yang secukupnya didalam diet harian  mereka.

Disamping itu, asid omega-3 membantu mencegah pembentukan plaque didalam arteri yang menyumbang kepada pembentukan darah beku. Ini bermakna, risiko seseorang untuk mendapat tekanan darah tinggi dan serangan angin ahmar atau strok dapat diminimakan.

Selain itu juga, asid omega-3 juga mampu membawa jantung kepada keadaan yang stabil dan rileks dengan mengelakkan otot jantung dari menjadi kurang elastic. Kerana, omega-3 dapat membantu mengurangkan kadar pertumbuhan plaque didalam salur arteri sekaligus dapat mengurang risiko seseorang itu mendapat serangan jantung.

Asid omega-3 mempunyai tiga jenis iaitu ALA, DHA dan EPA. ALA dihasilkan daripada tumbuhan. Manakala sumber DHA dan EPA boleh didapati daripada ikan dari laut dalam dan air sejuk. DHA dan EPA tidak dapat dihasilkan oleh badan, maka, kita memerlukan DHA dan EPA dari sumber pemakanan harian.

Akan tetapi, gaya kehidupan dan kekangan masa masyarakat sekarang boleh menyebabkan kita tidak dapat memenuhi keperluan omega-3 dengan sempurna. Kerana masyarakat sekarang lebih gemar mengambil makanan segera serta tidak mempunyai masa untuk memilih menu makanan yang benar-benar berkhasiat dan seimbang terutama apabila di hari kerja.

Oleh itu, Omega Guard Shaklee yang dihasilkan melalui proses penyulingan 3 molekul bagi menjamin kepekatan asid omega-3 yang tinggi dan selamat dari bahan-bahan berbahaya mampu memberikan hidangan omega-3 yang cukup dalam diet harian anda. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Omega Guard Shaklee disini


Ramai yang sudah memilih untuk mencegah dari risiko penyakit-penyakit berbahaya dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat disamping menjaga pemakanan yang berkhasiat. Anda bila lagi?

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian atau konsultasi percuma tentang supplement yang sesuai dengan anda, bolehlah hubungi saya seperti berikut:

Whatsapp/SMS/Call : 0193557432
PM/Inbox di FB Ila Nursalina
Email ilanacare@yahoo.com



EXCLUSIVE: "UNLIMITED & LIFETIME CONSULTATION" UNTUK MEREKA YANG MEMBUAT PEMBELIAN DENGAN SAYA. KHAS UNTUK PELANGGAN SAYA!




Friday, October 18, 2013

Istimewanya Omega Guard Shaklee

Apa itu Omega Guard Shaklee?

Omega Guard ialah sejenis minyak ikan yang mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA (alpha-linolenic acids), docosapentaenoic, stearidonic, eicosatetraenoic dan heneicosapentaenoic.

Perbezaan Omega Guard dengan minyak ikan yang berada dipasaran ialah:

1. Omega Guard dihasilkan melalui sesuatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi.

2. Selain itu juga, Omega Guard bebas dari bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat didalam kebanyakan jenis ikan.

3. Mengandungi 7 jenis omega-3 termasuk DHA & EPA

4. Bersandarkan kepada lebih 4,500 kajian yang menunjukkan tentang kesan omega-3 kepada kesihatan.

5. Minyak ikan di dalam OmegaGuard disahkan oleh Friend of Sea, sebuah organisasi pemuliharaan antarabangsa, di bawah kriteria yang ketat bagi kemampanan, termasuk pengesanan penuh dalam setiap fasa pemprosesan.

6. Tidak mengandungi pewarna, perasa atau pengawet tiruan serta bebas gulaten.

Inilah kelebihan Omega Guard Shaklee dari minyak ikan yang lain. Sebagai manusia, sudah menjadi lumrah dan fitrah kita mahukan yang terbaik untuk diri sendiri serta mereka yang tersayang terutama si manja kecil. Ramai yang yakin dan memilih Omega Guard untuk diri dan keluarga mereka. Anda bila lagi?

Inilah Omega Guard kesukaan ramai tu ..


Anda ada sebarang pertanyaan @ ingin membuat pesanan @ konsultasi, saya boleh dihubungi melalui cara-cara berikut:


Apabila anda membuat pembelian dengan saya , anda layak mendapat "UNLIMITED & LIFETIME CONSULTATION"  dari saya. Khas UNTUK PELANGGAN SAYA sahaja tau :)



Wednesday, June 5, 2013

Mealshake: Supplement Dewasa & Kanak-kanak

Apa yang ramai orang suka tentang  mealshake ini? " Mealshake = Sarapan pagi yang sedap" . Apabila tiba bulan ramadhan pula, mealshake sedap dijadikan makanan tambahan ketika sahur. Lagi sedap jika diminum bersama ESP & Performance Drink yang digelar SET MIGHTY 3 GEMS. Nak tau apa set ini? Klik sini untuk tau tentang set ini.

Mealshake adalah salah satu supplement Shaklee yang sesuai diambil oleh golongan dewasa dan kanak-kanak. Ini kerana, Mealshake merupakan hidangan lengkap yang mengandungi 19 jenis vitamin & mineral yang mudah diserap untuk kegunaan seharian.

Mealshake dibuat daripada bahan semulajadi ; buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin yang ada didalam mealshake ini adalah bahan yang terbaik & mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti & mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa. Ia juga mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin & sebagainya.

Mealshake sesuai untuk semua golongan kerana:


  • Dipenuhi nutrien asas yang penting untuk terus kuat & sihat terutama bagi kanak-kanak yang sedang membesar
  • Makanan segera yang mudah disediakan tetapi berkhasiat tinggi serta rendah lemak & rendak-glisemik
  • Sumber terbaik serat pemakanan & protein
  • Sumber pekat kalsium
  • Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
  • Membantu tumbesaran kerana mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk proses tumbesaran.
  • Rasa yang lazat dengan bau french vanilla yang menyelerakan.
Siapa yang sesuai ambil Mealshake?

  1. Pelajar
  2. Kanak-kanak
  3. Ibu mengandung
  4. Orang yang sibuk bekerja
  5. Orang yang selalu mengambil makanan segera
  6. Orang yang sakit & kurang selera makan
  7. Orang yang mengalami masalah pelawasan.
  8. Para Atlet.
  9. Orang yang berpuasa ( diambil semasa sahur )
Inilah rupa Mealshake kegemaran ramai tu!





Ada sebarang pertanyaan atau hendak membuat pesanan? 
Sila PM saya ILA NURSALINA di Facebook 
SMS @ whatsapp 0193557432.


Exclusive for my Customer: "Unlimited & Lifetime Consultation FOR YOU ONLY!"

Tuesday, June 4, 2013

Promo Shaklee June 2013

Promosi Buy 6 Free 1 yang ditawarkan Shaklee setiap bulan memang best. Produk yang dipromosi untuk bulan ini ialah MEAL SHAKE.


Meal Shake ialah produk yang disukai ibu-ibu. Sebab Meal Shake ialah makanan tambah untuk kanak-kanak, untuk ayah dan untuk ibu juga!

Meal Shake sesuai diambil sebagai sarapan pagi, membekalkan tenaga dan memberi rasa kenyang :)

Insya Allah, di entry seterusnya saya ceritakan lebih lanjut tentang meal shake ya!




Ada sebarang pertanyaan atau hendak membuat pesanan? Sila PM saya di Facebook @ sms @ whatsapp 0193557432.


Exclusive for my Customer: "Unlimited & Lifetime Consultation FOR YOU ONLY!"


Monday, May 27, 2013

Beza menyusukan bayi; dibantu supplement dan tiada supplement.

Ini kisah benar. Ini ialah pengalaman saya sendiri.. tiada kaitan dengan orang lain ya! 

Pada saya, makan supplement semasa menyusu bayi sepenuh masa memang berbeza. Perbezaan dari segi apa?Dari segi selera & kesihatan badan. Bila saya tidak amik supplement langsung, satu pun tidak cut abis supplement selama seminggu sahaja, kesannya sangat ketara kepada saya.

1. Selera makan saya dah jadi macam anak gajah. Betul, tak tipu!. Kenapa saya kata macam anak gajah? Saya sentiasa rasa nak makan. Baru sahaja lepas makan nasi sepinggan penuh, tidak sampai sejam pun, saya dah mula rasa lapar. Untuk pengetahuan anda semua, saya ialah ibu yang bekerja di rumah. Jadi, anak memang sentiasa depan mata, bila dia lapar nak susu terus saya susukan. Itu tak masuk lagi kes urusan kerja rumah, urusan bisnes, urusan mengajar tuisyen. Anakanda pulak lelaki, selera minumnye memang tip top. Jadi, saya cepat sangat berasa lapar. Kalau tak makan, boleh rasa macam menggigil.

2. Badan saya senang rasa lenguh-lenguh dan sengal. Sebelum ini, kalau hero saya Qutbi Ajwad "mengempeng" dari malam sampai ke pagi saya rileks je.. tapi sekarang bila heroku buat macam itu, untuk 2 hari ini saya rasa macam nenek umur 80 tahun pula, lenguh sana sini. Itu baru seminggu! apalah kesannya kalau umur saya dah cecah 40tahun nanti. Agaknya masa itu gigi saya sudah rompong semuanya. Hendak berjalan pun dah memerlukan tongkat. Oh tidak! saya mahu kekal cergas supaya amanah-amanah yang Allah bagi dapat dilakukan penuh stamina..amiiin..

Moral of the story, saya perlukan Vitalea-Bcomplex-Vitamin C-Omega- ESP-Ostematrix sebagai pembantu dalam menyusukan Qutbi Ajwad. Saya sanggup mengeluarkan sedikit bajet bulanan untuk supplement2, janji badan saya kekal bertenaga. Dan yang pastinya dapat menjaga yang tersayang sebaik mungkin.

Anda ada masalah yang sama? Isteri anda ada masalah yang sama? Jom jaga kesihatan kita kerana diri kita ini sangat berharga !!!

Ada sebarang pertanyaan atau hendak membuat pesanan? Sila PM saya di Facebook @ sms @ whatsapp 0193557432.

Exclusive for my Customer: "Unlimited & Lifetime Consultation FOR YOU ONLY!"

Thursday, May 23, 2013

Menambah tenaga serta kercergasan semasa berpuasa.

Sekarang sudah masuk bulan Rejab, tidak lama lagi Sya'ban akan menjelma disusuli pula dengan bulan yang mulia Ramadhan.. aktiviti berpuasa sudah lazim bagi ketiga-tiga bulan ini. 

Adakah anda sering keletihan semasa siang berpuasa, bekerja dalam masa yang panjang, tidak menentu masa balik dan terdedah kepada terik matahari? Kadangkala kerana faktor-faktor ini, anda menjadi MURAM & MUDAH NAIK ANGIN & BERASA TERTEKAN. Dengan pilihan pengambilan makanan tambahan yang betul ketika bersahur, anda boleh mengurangkan masalah ini.


Shaklee menawarkan SET MIGHTY 3GEMS sebagai booster tenaga di bulan puasa.  SET MIGHTY 3GEMS terdiri daripada 3 gabungan supplement dalam bentuk serbuk yang hanya perlu dibancuh sahaja. MUDAH KAN? Minum Mighty 3GEMS ketika sahur sebagai persediaan hari puasa yang aktif.
3 jenis supplement  SET MIGHTY 3GEMS ialah:










Apakah kebaikan yang anda boleh dapat apabila minum MIGHTY 3 GEMS ketika bersahur? Antaranya:


 #Lebih bertenaga 

# Mengurangkan rasa lapar yang cepat 
# Mengurangkan dahaga yang extreme 
# Membekalkan vitamin yang diperlukan badan kerena menu makan yang tidak stabil

Oh ya!  SET MIGHTY 3GEMS bukan sahaja sesuai semasa berpuasa, ia juga sesuai sebagai sarapan pagi yang berkhasiat serta sangat membantu individu yang aktif & lasak.









Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lagi, @ membuat order, sila hubungi saya:

Ila Nursalina Ali Amran
Call/Sms/Whatsapp: 0193557432
fb: Ila Nursalina
Shaklee Independent Distributor {ID 880091}
COD Shaklee Area Jalan Klang Lama, Bandar Sunway, Subang Jaya, Bangsar, Gombak, Taman Melati & Wangsamaju
Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju.

Istimewa Untuk Pelanggan Saya:
Apabila anda membuat pembelian dengan saya, bukan sahaja anda akan mendapat cara pengambilan supplement, anda juga akan mendapat "lifetime consultation" berserta tips-tips yang esklusif untuk pelanggan saya.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Wednesday, May 15, 2013

Family Wellness Set


Set Shaklee Family Wellness ini akan memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat & bertenaga. Antara kebaikan set ini:*
  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Membantu anda berasa lebih bertenaga
  • Menguatkan sistem imun anda
  • Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang & otot yang sihat


Family Wellness Set ini terdiri dari 4 jenis vitamin:


1. Vitalea Iron Formula: Multivitamin & Multimineral yang lengkap dengan Iron



2. B Complex: Ada 8 jenis vitamin B berserta Asid Folik



3. Sustained Release Vita C 500mg: Vitamin C yg dilepaskan secara perlahan mengikut keperluan tubuh




4. Energizing Soy Protein-Vanilla: Protein dari soya yg tidak diubah genetik yang mempunyai 9 asid amino yang penting kepada badan.

Note: Pada masa ini, stok Vitamin C sedang kehabisan, jadi Mealshake telah menggantikan Vitamin C buat sementara waktu







Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lagi, @ membuat order, sila hubungi saya:

Ila Nursalina Ali Amran
Call/Sms/Whatsapp: 0193557432
fb: Ila Nursalina
Shaklee Independent Distributor {ID 880091}
COD Shaklee Area Jalan Klang Lama, Bandar Sunway, Subang Jaya, Bangsar, Gombak, Taman Melati & Wangsamaju
Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju.

Istimewa Untuk Pelanggan Saya:
Apabila anda membuat pembelian dengan saya, bukan sahaja anda akan mendapat cara pengambilan supplement, anda juga akan mendapat "lifetime consultation" berserta tips-tips yang esklusif untuk pelanggan saya.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.