Followers

Tuesday, October 22, 2013

Omega Guard: Membantu mengatasi risiko penyakit jantung dan darah tinggii

Tahukah anda, jika keluarga terdekat anda [ibu, ayah, datuk, nenek] mempunyai penyakit darah tinggi, penyakit jantung, strok, anda mempunyai kebarangkalian untuk mendapat penyakit yang sama. Jika anda seorang yang mengambil peduli tentang kesihatan anda, jadi ambillah langkah pencegahan dari awal. Kerana, mencegah lebih baik dari mengubati.

Penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan strok ini mempunyai kaitan dengan kelancaran darah didalam badan anda. Antara puncanya ialah darah didalam anda membeku atau ada pembentukan plaque serta pengerasan ateri di dalam badan yang memaksa jantung dan buah pinggang bekerja lebih dari sepatutnya. Mengikut kajian dari pakar-pakar perubatan, masalah-masalah ini dapat dikurangkan atau dicegah dengan pengambilan asid omega-3 yang mencukupi.

Asid omega-3 dapat membantu merendahkan paras kolestrol didalam darah dan mengurangkan kerosakan arteri melalui tindak anti-radangnya. Selain itu juga, ia membantu mengurangkan kolestrol jahat LDL dan meningkatkan kolestrol baik HDL. Sebab inilah, mereka yang  mempunyai paras kolestrol yang tinggi disarankan untuk mengambil omega-3 yang secukupnya didalam diet harian  mereka.

Disamping itu, asid omega-3 membantu mencegah pembentukan plaque didalam arteri yang menyumbang kepada pembentukan darah beku. Ini bermakna, risiko seseorang untuk mendapat tekanan darah tinggi dan serangan angin ahmar atau strok dapat diminimakan.

Selain itu juga, asid omega-3 juga mampu membawa jantung kepada keadaan yang stabil dan rileks dengan mengelakkan otot jantung dari menjadi kurang elastic. Kerana, omega-3 dapat membantu mengurangkan kadar pertumbuhan plaque didalam salur arteri sekaligus dapat mengurang risiko seseorang itu mendapat serangan jantung.

Asid omega-3 mempunyai tiga jenis iaitu ALA, DHA dan EPA. ALA dihasilkan daripada tumbuhan. Manakala sumber DHA dan EPA boleh didapati daripada ikan dari laut dalam dan air sejuk. DHA dan EPA tidak dapat dihasilkan oleh badan, maka, kita memerlukan DHA dan EPA dari sumber pemakanan harian.

Akan tetapi, gaya kehidupan dan kekangan masa masyarakat sekarang boleh menyebabkan kita tidak dapat memenuhi keperluan omega-3 dengan sempurna. Kerana masyarakat sekarang lebih gemar mengambil makanan segera serta tidak mempunyai masa untuk memilih menu makanan yang benar-benar berkhasiat dan seimbang terutama apabila di hari kerja.

Oleh itu, Omega Guard Shaklee yang dihasilkan melalui proses penyulingan 3 molekul bagi menjamin kepekatan asid omega-3 yang tinggi dan selamat dari bahan-bahan berbahaya mampu memberikan hidangan omega-3 yang cukup dalam diet harian anda. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Omega Guard Shaklee disini


Ramai yang sudah memilih untuk mencegah dari risiko penyakit-penyakit berbahaya dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat disamping menjaga pemakanan yang berkhasiat. Anda bila lagi?

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian atau konsultasi percuma tentang supplement yang sesuai dengan anda, bolehlah hubungi saya seperti berikut:

Whatsapp/SMS/Call : 0193557432
PM/Inbox di FB Ila Nursalina
Email ilanacare@yahoo.com



EXCLUSIVE: "UNLIMITED & LIFETIME CONSULTATION" UNTUK MEREKA YANG MEMBUAT PEMBELIAN DENGAN SAYA. KHAS UNTUK PELANGGAN SAYA!




No comments:

Post a Comment